Tidak dapat dibayangkan segala apa yang berdiri di depan mata sekarang ini akan buncah menjadi debu-debu tanpa makna.
Tidak dapat ditanggapi akal seluruh apa yang berenang di laut dan merangkak di langit akan musnah bergelimpangan.
Tidak dapat diterangkan setiap yang berhidup hari ini akan dikumpulkan semula setelah mati masing-masing datang.
Tidak dapat difikirkan segenap kejahatan dan kebaikan akan dihitung dan dikira demi menentukan destinasi seterusnya.
Jika satu zarah logik untuk berada pada dua tempat pada semasa, maka pasti Tuhan ada benarnya. Pasti pula--Dia yang Maha Kuasa--tidak boleh dipersoalkan autoritasNya.