Qushairy hanya mampu menutup telinga dan memejamkan mata saat melintasi kumpulan geng Mika`il yang juga musuh tradisinya itu. Sebenarnya, bukan dialah yang mencita permusuhan itu, dan dia sangat teringin berkawan dengan ahli kumpulan itu. Tetapi perbuatan mereka yang suka melaga-lagakan dagu serta bahu manusia, dan sikap 'double standard' mereka bertentangan dengan prinsip Qushairy. Memandangkan dia baru lepas berpisah dari kumpulan itu, maka segala jenis tohmahan dan fitnah akan hinggap sebagai balasan pembelotan, sebaik melintasi mereka. Itulah risikonya setiap hari ke kelas. Jika tidak dipukul, maka sudah kira baiklah.
Suasana pagi di kolej itu lebih tenang dari biasa. Embun dan kabus yang baru sahaja beranjak, memberi ruang kepada cahaya mentari untuk menjajah segenap inci kolej itu. Begitupun matahari memanca sinar, kepanasan belum cukup untuk menghalau dingin pagi daerah Southall itu.
Di hadapan kolej, puluhan kenderaan beratur, bersusun. Kesejukan di sanapun, belum usai. Masih jauh sebelum terungkai pelukan dingin kota metropolitan ini. Kesejukan seakan bertarik-tali dengan hangat mentari, menuntut hak yang bukan haknya. Pagi adalah untuk matahari, malam untuk kedinginan; ini aturan. Namun, setiap pagi begitulah, tiada mahu belajar.
Sesejuk-sejuk Southall, entah mengapa, amaun keringat Qushairy semakin bertambah. Basah kolar bajunya. Dan masa yang diambil untuk lepas dari pandangan kumpulan jelek itu seperti keabadian meniti Titian As-Sirat. Terasa sungguh lama. Para pelajar lainnya sedang asyik dengan rutin mereka- tidak tahu pula jika ada yang punya sama rasa kengerian dengan Mika`il.

"Heyy, lihat siapa di depan kita sekarang.. PEMBELOTT!" bentak Mika`il kepada Qushairy sebaik saja mata berpedang. Pengikutnya yang bersandar pada loker bangun pada posisi lurus, bagai kader diterjah sang jenderal. Di udara, ada pertunjukan perlawanan pedang sedang bertemasha, yang hanya disedari mereka berdua. Pengalaman menjadi bekas gengster menyebabkan Qushairy sedikit selesa dengan suasana itu.
"Hey pembelot, pandang aku!"
Qushairy pandang Mika`il. Mika`il cuba menentang karisma mata bekas ketuanya itu. Seakan gagal.
"Apa? Apa lagi perkara yang kaulupa uruskan dengan aku?"
Mika`il terkejut dengan respon berani Qushairy, umpama harakiri. Langsung dia memberikan isyarat supaya ahli kumpulannya mengelilingi lelaki berkulit sawo matang itu dengan menaikkan dua jarinya ke udara. Qushairy, walaupun semakin rancak dibasahi keringat, tidak bergetar sedikitpun. Dialah antara pengasas kumpulan itu, dan dia sedar kesetiaan ahli kumpulan itu melebihi kesetiaan mereka terhadap Mika`il.
Namun tidak. Dia tidak mahu lagi bergantung dengan belas ihsan anak buahnya. Kumpulan itu sudah membawa banyak titik hitam pada hidup Qushairy. Dan pada kehidupan pelajar lain. Dia akan berdiri atas kaki sendiri, kali ini. Apa nak jadipun, jadilah. Dia sudah tidak mahu berkompromi dengan konsep bawaan Mika`il itu.
Ya dulu, semasa mula mendirikan kumpulan itu, tujuannya hanyalah untuk menjadi pembela kepada golongan pelajar yang dibuli. Meskipun tiada punya sijil dan pengiktirafan kolej, malah diburu, keberkesanan kumpulan itu dalam menegakkan keadilan yang sepatutnya tidak dinafikan golongan pensyarah. Malah, ada sebahagian daripada barisan pensyarah yang menyokong secara terang-terangan. Dr Malik pernah menyebut di dalam ucapannya semasa perhimpunan semester:
"Mereka ini-, yang membela mangsa buli dan memberi pengajaran kepada pembuli adalah suatu tindakan bayang-bayang yang sangat tuntas. Jika tidak kerana perundangan sekolah ini, sudah tentulah saya turut serta!"
Berapi-api ucapannya. Tiada yang menyumbangkan tepukan masa itu sebab perbuatan demikian akan menimbulkan rasa curiga pihak penguasa kolej. Budak-budak kolej sudah besar semuanya. Pemikiran sudah masak dipanggang asak dunia. Berbalik kepada kisah perhimpunan itu, hanya Qushairy dan beberapa orang pengikutnya yang setia sajalah yang bersorak. Sehingga menimbulkan kecurigaan dan mereka masuk ke dalam mahkamah kolej.
Ah, itu kisah dulu, bisik Qushairy. Sekarang ini, dia perlu memikirkan cara untuk melarikan diri dari situasinya sekarang ini. Entah sudah berapa lama dia bertentang mata dengan Mika`il si pembelot. Dialah yang memberitahukan pengarah tentang perbuatan Qushairy mengambil-alih autoriti penguasa sekolah. Setelah Qushairy diberkas, Mika`il merebut kedudukan itu.
"Woi, apa kamu buat tu!!"
Reynaldo muncul.